Belanjawan 2020 inklusif, dinamik – Tengku Zafrul

0
1

WALAUPUN cuti umum Hari Kebangsaan, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz tetap bekerja dengan mengadakan sesi konsultasi Belanjawan 2022.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Tengku Zafrul berkongsi beberapa gambar mengenai sesi konsultasi secara maya dengan beberapa tokoh dan kumpulan pemikir ekonomi tanah air, hari ini.

“Walaupun hari ini cuti umum, kerja untuk rakyat masih perlu diteruskan.

“Selepas sesi kibar Jalur Gemilang di Kementerian Kewangan sempena Hari Kebangsaan, #TeamMoF meneruskan sesi konsultasi #Belanjawan2022 dengan perbincangan bersama ahli-ahli ekonomi dan kumpulan pemikir (think tanks) untuk mendapatkan input.

“Ini bagi memastikan hala tuju belanjawan adalah inklusif dan dinamik, selaras dengan keperluan untuk memperkenalkan sebuah belanjawan yang menyokong pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Tengku Zafrul yang dilantik semula sebagai Menteri Kewangan susulan pembentukan kerajaan baharu berkata, keutamaan Belanjawan 2022 pastinya memberi tumpuan memulihkan ekonomi rakyat dan negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Antara dibincangkan adalah mengenai pemulihan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) dan hasil negara dan cara untuk terus membantu rakyat yang terjejas.

“Selain langkah untuk memulihkan semula sektor-sektor yang masih terjejas akibat pandemik Covid-19, dan pembaharuan struktur untuk Malaysia bangkit sebagai ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan menghargai segala pandangan yang diberikan dalam merencanakan Belanjawan 2022 yang inklusif dan memenuhi aspirasi rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here