
TANGGAL 31 Ogos menjadi tarikh istimewa buat Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.
Ini kerana pada tarikh hari ini, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri bukan saja meraikan sambutan Hari Kebangsaan, malah ulang tahun perkahwinan yang kelima.
Berdasarkan perkongsian di Facebook Selangor Royal Office hari ini, warga kerja dan kakitangan Pejabat Sultan Selangor dan Selangor Royal Office merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Perkahwinan kelima baginda berdua.
“Semoga Allah peliharakan DYMM Tuanku berdua dan sentiasa dilimpahi rahmat kebahagiaan serta kekal ke akhir hayat.
Amin Ya Rabbal Alameen,” tulis hantaran tersebut.
Pengendali Facebook itu turut memuatnaik gambar dengan kapsyen Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri mengabadikan gambar kenangan ketika melawat bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai pada 2019. – Malaysiapost
