Jalur Gemilang berkibar di Gaza sempena Hari Kebangsaan

0
3

SEMANGAT Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-64 hari ini turut dirasai oleh rakyat Palestin di Gaza.

Berdasarkan video dimuatnaik sukarelawan dikenali sebagai Akmal Hisham Mokhles di Facebook, kelihatan Jalur Gemilang berkibar menghiasi bandar Gaza yang digantung di tiang-tiang lampu di beberapa jalan utama bandar itu.

Walaupun jauh beribu batu, ia tidak menghalang rakyat Palestin di Gaza meresapi semangat kemerdekaan yang dikecapi Malaysia dengan mengibar Jalur Gemilang.

Ini bukan pertama kali Jalur Gemilang berkibar di Gaza kerana sebelum ini beberapa kali rakyat Palestin di bandar itu mengibar bendera Malaysia sebagai tanda solidariti.

Malaysia dikenali sebagai negara yang sering menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin terutama di Gaza yang berhadapan dengan ancaman dan tekanan dari Zionis. 

Negara mereka yang dijajah Israel sejak 1948, semakin lama semakin mengecil wilayahnya susulan rampasan tanah dan kawasan Palestin oleh Israel. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here