
SEBANYAK tiga lokaliti di Sabah dan Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 31 Ogos hingga 13 September 2021.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara(MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ia termasuk mengambil kira penilaian risiko serta jangkitan Covid-19.
Lokaliti terbabit di Kampung Bukit Gemuk, Tawau dan Kampung Nasakot, Ranau di Sabah manakala Kampung Nelayan Benut, Mukim Sungai Pinggan, Pontian di Johor.
Beliau turut memaklumkan PKPD di Taman Megah Jaya Lorong 2, 3,9 dan 10 di Tawau, Sabah yang sepatutnya esok dilanjutkan hingga 13 September selepas melihat trend peningkatan jangkitan Covid-19 di lokaliti tersebut.- Malaysiapost
