Pemergian Allahyarham Lajim kehilangan buat negara – Ismail Sabri

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyifatkan pemergian Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia awal pagi tadi adalah kehilangan kepada negara.

Beliau mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Salam takziah buat isteri dan ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi ini di Hospital Pakar KPJ, Sabah.

“Sebagai Pengerusi Eksekutif AIM malah pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan kepada negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, Allahyarham semasa hayatnya pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Semoga segala khidmat bakti Allahyarham mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT dan semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” katanya.

Allahyarham Lajim, 66, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Sabah akibat jangkitan Covid-19 dan berita itu disahkan isterinya, Datin Seri Normilah Siong yang memaklumkan menerima panggilan daripada pihak hospital pada 6.23 pagi.

Allahyarham disahkan positif Covid-19 pada 12 Ogos lalu dan dimasukkan ke hospital sejak 13 Ogos sebelum mula ditidurkan pada jam 2 petang, 24 Ogos lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here