Nazri mahu bersara dari politik

0
2
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

AHLI Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan mahu bersara daripada politik, seterusnya memberi peluang kepada pemimpin baharu.

Serentak itu, bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkenaan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Padang Rengas yang dimenangi enam penggal berturut-turut pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, lapor Berita Harian.

Mohamed Nazri berharap keputusan diambilnya sebagai mesej untuk ahli politik angkatan lama supaya sedar bahawa sekarang teraju politik sudah sampai ke tangan angkatan baharu.

“Kita memerlukan kesinambungan, tak boleh menongkat langit, sampai satu masa kita kena serah kepada generasi baharu.

“Saya jadi Ketua Umno Bahagian hampir 20 tahun. Ahli Parlimen sejak 1995 dan dilantik timbalan menteri. Sebelum itu saya jadi Senator pada 1991. Kemudian jadi menteri sejak 1999.

“Sudah sampai masanya (bersara), sebelum orang tunjuk pintu keluar baik kita keluar sendiri,” katanya hari ini.

Dalam karier politiknya, Mohamed Nazri, 67, pernah mengetuai pelbagai kementerian semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, katanya keputusan itu juga dibuat bagi membolehkan ‘reset’ politik berlaku, sekali gus memberi laluan kepada pemimpin baharu.

Sebelum ini, Mohamed Nazri antara Ahli Parlimen Umno terawal menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Januari lalu.

Namun pada awal Julai lalu, beliau mengisytiharkan kembali menyokong Muhyiddin dan lantang mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pada masa sama, beliau kerap mengkritik Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu menarik sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan PN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here