Ini hadiah Hari Merdeka – Bonnie

0
1

SELAMAT Hari Merdeka! Demikian kata Bonnie Bunyau Gustin kepada rakyat Malaysia susulan kejayaannya menggondol pingat emas acara powerlifting kategori 72 kilogram (kg) Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.

Dalam ucapannya menerusi video yang dimuatnaik di portal Cakap Sukan, atlet kelahiran Sarawak itu merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong serta mendoakan kejayaannya.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia dan kawan-kawan di luar sana kerana mendoakan saya berjaya,” katanya.

Terdahulu, atlet berusia 22 tahun itu menghadiahkan emas buat kontinjen Malaysia dalam acara angkat berat di Forum Antarabangsa Tokyo.

Bonnie berada di kedudukan ranking pertama dunia dengan angkatan terbaik 228 kilogram (kg) sekali gus mencipta rekod baharu Paralimpik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here