Hati-hati dengan individu menyamar Ketua Polis Johor

0
3
ayob khan polis johor official

ORANG ramai dinasihat berhati-hati dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai Ketua Polis Johor dipercayai bertujuan untuk melakukan jenayah penipuan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata baru-baru ini pihaknya telah mengesan beberapa nombor telefon yang digunakan untuk melakukan jenayah penyamaran tersebut.

“Nombor yang dikesan terlibat adalah 016-4818565 dan 010-8368223.

“Sehubungan itu orang awam diminta agar jangan mudah terpedaya dengan mana-mana orang yang menyamar sebagai Ketua Polis Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ayob Khan berkata, sekiranya mana-mana pihak mengesan perbuatan tersebut, mereka diminta membuat laporan di balai polis berhampiran.

“Mereka juga boleh berhubung terus dengan Pusat Kawalan Johor di talian 07-2254047 atau hubungi Pegawai Khas Ketua Polis Johor di talian 013-9058124,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here