Satu Figura yang tidak asing lagi dalam dunia politik, tanah air. Sejak mutakhir ini, banyak kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh beliau yang telah menimbulkan polemik dalam dunia politik negara. Selepas kejatuhan Barisan Nasional (yang diketuai oleh UMNO, sebagai satu parti dominan, sejak sekian lama), pada PRU 14 yang lalu, negara mengalami ketidakstabilan politik dan krisis kepimpinan yang teruk akibat daripada perikatan atau gabungan parti-parti politik yang rapuh dan tidak berintegriti.
Bermula dengan kekalahan dalam PRU yang lepas, UMNO telah berada dalam keadaan yang paling teruk sejak penubuhan parti Keramat ini. Selepas PRU 14, buat pertama kali UMNO telah menjadi pembangkang, dan selepas kejatuhan Pakatan Harapan, UMNO, telah mendapat nafas baru dengan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) dari Parti Bersatu.
Namun kini, UMNO telah kembali menerajui kepimpinan pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional, dengan perlantikan Dato Seri Ismail Sabri (DSIS) sebagai PM yang baharu, selepas TSMY telah kehilangan sokongan majoriti daripada ahli-ahli Dewan Rakyat.
Disaat pemimpin-pemimpin utama UMNO masih terpalit dengan kes-kes mahkamah dan ditambah kepimpinan yang lemah menerusi Presiden mereka iaitu Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi (DSAZH), UMNO telah berupaya kembali menerajui kepimpinan Kerajaan.
Persoalannya, apakah perubahan kuasa dalam Perikatan Nasional yang memihak kepada UMNO berlaku secara kebetulan? Atau adakah ini berlaku menerusi percaturan hebat Presiden UMNO?
Pada hemat saya peralihan kuasa dalam Perikatan Nasional ini terjadi hasil peranan penting yang dimainkan oleh seorang figura politik bernama Dato Seri Nazri Aziz!
Mari kita sorot kembali kronologi-kronologi utama sebelum berlakunya peralihan kuasa dalam Perikatan Nasional dengan melihat kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh Dato’ Seri Nazri Aziz, sebelum ini: –
11 Jan 2021
Zahid Hamidi mendakwa MKT UMNO sudah bersetuju untuk memutuskan sebarang kerjasama dengan Bersatu dalam menghadapi PRU 15, keputusan muktamad akan dibuat semasa PAU nanti.
MKT sudah setuju putus kerjasama dengan bersatu – Zahid Hamidi
Nazri Aziz memaklumkan sedang menimbang untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional yang mempunyai majoriti tipis dengan 112 kerusi sahaja
Nazri Aziz timbang tarik diri sokong kerajaan PN
Kerajaan mengumumkan Proklamasi Darurat yang turut menggantung Sidang Parlimen
Teks ucapan pengumuman khas darurat oleh PM
12 Jan 2021
Nazri Aziz memaklumkan telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan mendakwa Kerajaan PN sudah kehilangan majoriti, kerana terdapat dua (2) lagi ahli parlimen telah menarik sokongan mereka iaitu Ahmad Jazlan dan Ku li. Dengan ini Kerajaan Perikatan Nasional hanya mempunyai 109 kerusi sahaja
Nazri tarik sokongan terhadap Muhyiddin dakwa kerajaan PN sudah tiada majoriti
Nazri Aziz juga mendakwa Proklamasi Darurat yang diumumkan oleh TSMY sebagai satu ‘admission of defeat’ kerana sudah kehilangan majoriti.
Nazri Aziz mendakwa Kerajaan PN telah runtuh dan gagal dalam menangani isu Covid-19
Nazri Aziz dakwa kerajaan hari ini sudah runtuh
28 Mac 2021
Zahid Hamidi berkata, PAU telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU akan datang
31 Mac 2021
Nazri Azizi berkata UMNO ibarat ‘Harimau Kertas’ selepas mengaum kuat di PAU.
Dia juga turut menempelak Presiden UMNO ekoran kelemahan pimpinannya dalam memastikan semua Menteri dan timbalan Menteri dari UMNO meletak jawatan dalam kabinet
Nazri Aziz juga turut melabel semua Menteri dan timbalan Menteri dari UMNO dalam Kabinet sebagai ‘’pengecut’’ kerana tidak meletak jawatan mengikut aspirasi parti yang telah memutuskan untuk bekerjasama dengan Bersatu.
Nazri kritik Zahid kurang sifat kepimpinan label menteri UMNO pengecut
2 April 2021
Nazri Aziz menyifatkan Bersatu bukan siapa-siapa tanpa Muhyiddin dan menegaskan Bersatu adalah parti yang tiada masa depan kerana hanya bergantung kepada Presidennya.
Nazri Aziz turut menyatakan Bersatu adalah sebuah parti yang penuh dengan pengkhianat, pengkhianat dari UMNO, dari PKR dan dari Bersatu Original juga ada.
Bersatu bukan siapa-siapa tanpa Muhyiddin – Nazri Aziz
7 April 2021
Nazri Aziz menggesa Zahid Hamidi untuk meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO kerana tidak mempunyai kredibiliti kerana imejnya sudah tercalar kerana mempunyai kes-kes di mahkamah
Rakaman audio perbualan Zahid dan Anwar tersebar
23 Jun 2021
Nazri mengaku kumpul 25 SD untuk Hishammuddin, dengan tujuan memberikan mandat kepada Hishammuddin sebagai wakil mereka bertemu YDPA, selepas YDPA memanggil ketua-ketua parti politik untuk bertemu, ekoran hilang kepercayaan kepada Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO
Pengakuan Nazri Aziz ini dibuat, menjawap kepada satu kenyataan dari Ahmad Maslan pada 21hb Jun 2021, yang mengatakan terdapat usaha daripada pihak tertentu yang sedang mengumpulkan SD daripada ahli-ahli parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan.
https://www.malaysiakini.com/news/579789
24 Jun 2021
Nazri Aziz kembali menyatakan sokongan kepada TSMY. Dia juga mendakwa penarikan sokongan dibuat sebelum ini kerana ditipu oleh Zahid
https://www.astroawani.com/berita-politik/nazri-aziz-isytihar-kembali-sokong-muhyiddin-yassin-306283
Nazri Aziz membidas kenyataan Zahid sebaliknya menyatakan penafian Zahid yang tidak berasas itu yang sebenarnya ibarat cerita kartun.
Penafian Zahid dibuat lanjutan daripada kenyataan Nazri Aziz yang menyatakan 25 ahli Parlimen BN sudah hilang keyakinan terhadap pimpinan Zahid
26 Jun 2021
Nazri Aziz menyatakan sekali lagi bahawa Zahid Hamid membohongi beliau dan bertindak membelakangi perancangan untuk menarik sokongan daripada Kerajaan Nasional.
Nazri Aziz mendedahkan bahawa Zahid Hamidi telah memohon bantuan Shahidan Kasim untuk mendapatkan semula peruntukkan semula dikawasannya.
Nazri Aziz menempelak Zahid Hamidi, ‘’dia rancang, tapi dia sendiri tidak tarik sokongan’’
https://www.malaysiakini.com/news/580521
3 Julai 2021
Nazri Aziz memaklumkan terdapat usaha Zahid untuk mengumpulkan SD dari ahli-ahli parlimen UMNO untuk menggulingkan Kerajaan PN.
Nazri Aziz menegaskan beliau bersama 25 orang ahli Parlimen telah menandatangan SD untuk memberi mandat kepada Hishamuddin untuk menjadi jurucakap mereka untuk menjelaskan pendirian mereka kepada YDPA
7 Julai 2021
Nazri Aziz menyatakan Zahid mengajak UMNO keluar dari PN, kerana UMNO tidak dilantik menjadi TPM.
Ismail Sabri sah dilantik menjadi TPM, manakala Hishamuddin dilantik sebagai Menteri Kanan dalam Kerajaan PN.
8 Julai 2021
Nazri Aziz memberi jaminan sekurang-kurangnya 32 Ahli Parlimen dalam Barisan Nasional memberi sokongan kepada kerajaan PN, menjawap kepada desas-desus yang mengatakan UMNO telah bertindak memutuskan hubungan Bersatu serta merta lanjutan daripada meyuarat MKT, pada 7 Julai 2021.
Nazri Aziz juga turut mencabar MKT UMNO untuk memecat dirinya dan kesemua ahli-ahli Parlimen UMNO yang menyokong PN
Nazri Aziz mendakwa Zahid Hamidi tidak gembira dengan perlantikan Ismail Sabri kerana Zahid Hamidi berkeinginan untuk menjadi TPM buat kali kedua.
Nazri Aziz mengingatkan Zahid Hamidi agar tidak menggunakan UMNO untuk kepentingan peribadi supaya dapat berlepas diri dari kes-kes mahkamah
9 Julai 2021
Nazri Aziz mendakwa keputusan MKT UMNO untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu serta merta bersifat peribadi dan menguntungkan Zahid Hamidi
Nazri Aziz mendakwa dengan naiknya Ismail Sabri menjadi TPM, ianya secara langsung memberi signal awal bahawa Ismail Sabri akan mengambil alih tampuk kepimpinan UMNO pada pemilihan akan datang.
Dengan naiknya Ismail Sabri sebagai TPM, pintu telah tertutup buat Zahid Hamidi
31 Julai 2021
Nazri Aziz mendakwa 40 ahli Parlimen BN menyokong PN, hanya Zahid dan Ku Li tidak menyokong
Nazri Aziz turut mendakwa, 40 orang ahli parlimen itu termasuk Ahmad Jazlan yang sebelum ini telah menarik sokongan daripada Kerajaan PN
3 Ogos 2021
Zahid Hamidi bersama barisan MKT UMNO telah mengisytiharkan penarikan sokongan kepada Kerajaan PN secara rasmi
5 Ogos 2021
Ismail Sabri bersama Ahli Parlimen BN seramai 31 orang umum terus setia dan memberi sokongan kepada Kerajaan PN.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/847885/31-ahli-parlimen-umno-bn-umum-sokong-pn
6 Ogos 2021
Sejurus sebahagian besar Ahli Parlimen UMNO menyatakan pendirian mereka untuk kekal menyokong Kerajaan PN, UMNO menerusi Setiausaha Agungnya iaitu Ahmad Maslan telah mengeluarkan Surat Peringatan
Nazri Aziz memberikan respon bahawa dia tidak akan membalas surat peringatan itu kerana dia tidak membuat sebarang kesalahan, sebaliknya dia menyatakan yang sepatutnya diberikan peringatan adalah Presiden UMNO sendiri kerana dia telah melanggar keputusan PAU yang lalu, iaitu No DAP, No Anwar, dengan merujuk kepada audio rakaman antara Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim
https://www.malaysiakini.com/news/586056
Ahmad Maslan memaklumkan Surat Peringatan yang dikeluarkan atas arahan Parti dan semata memenuhi tanggungjawabnya sebagai Setiausaha Agung
ROS mengeluarkan surat dengan menyatakan keputusan MKT UMNO pada 7 Julai 2021, untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 Bulan adalah tidak sah, berikutan tempoh pemegang jawatan MKT telah tamat pada 30 Jun yang lalu
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/848020/penangguhan-pemilihan-umno-tidak-sah-ros
7 Ogos 2021
Nazri Aziz menyelar Najib Razak sebagai bloody liar, selepas Najib Razak mempersoalkan dakwaan yang menyatakan 40 ahli Parlimen BN menyokong PN, sedangkan pengumuman yang dibuat oleh Ismail Sabri hanya menyatakan 31 Ahli Parlimen BN masih menyokong BN. Najib Razak juga turut mempersoalkan apakah Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti
Nazri Aziz menyatakan Najib Razak, Zahid Hamidi dan Ahmad Maslan telah menyatakan sokongan kepada Kerajaan PN dalam pertemuan di Bangunan Parlimen sebelum ini.
Najib Razak membidas Nazri Aziz dengan meminta rakyat buat penilaian terhadap kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Nazri Aziz selepas PRU yang lalu.
8 Ogos 2021
Ahmad Jazlan menyifatkan Nazri Aziz sebagai tidak tetap pendirian dan sering flip flop, Ahmad Jazlan berkata sedemikian sebagai memberi respon kepada tindakan Nazri Aziz yang menyelar Najib Razak dengan perkataan “bloody liar”
https://www.sinarharian.com.my/article/154416/BERITA/Politik/Itulah-Nazri-flip-flop-Ahmad-Jazlan
Nazri Aziz mendedahkan bahawa penarikan sokongan kepada Kerajaan PN yang dilakukan beliau adalah hasil perancangan bersama Najib Razak dan Zahid Hamidi
Nazri Aziz juga turut menyelar Ahmad Jazlan dengan menyatakan bahwa Ahmad Jazlan seorang penipu kerana pada mesyuarat bersama Ahli-Ahli Parlimen di Bangunan Parlimen, beliau antara yang menyatakan persetujuan kekal menyokong PN
Nazri Aziz telah menjawap dakwaan Najib Razak dan Ahmad Jazlan, termasuk dengan isu sokongan beliau kepada Anwar Ibrahim pada Julai 2019 yang dibuat demi menyelamatkan UMNO.
Untuk makluman, Najib Razak pernah mencadangkan hasrat agar UMNO bekerjasama dengan Anwar Ibrahim pada Oktober 2020
Nazri Aziz menempelak Ahmad Jazlan sebagai seorang kaki penipu kerana membuat U-Turn dalam memberikan sokongan kepada Kerajaan PN, kerana dikatakan telah bersetuju untuk kembali menyokong Kerajaan PN dalam pertemuan bersama ahli-ahli Parlimen BN di Bangunan Parlimen pada 29 Julai yang lalu
Nazri Aziz juga turut bertanya kepada Ahmad Jazlan, apa flip-flopnya? Kerana tindakan beliau memberikan sokongan kepada kerajaan PN adalah selari dengan keputusan PAU.
https://www.1media.my/2021/08/jazlan-mula-mula-sokong-pn-kemudian.html
9 dan 10 Ogos 2021
Nazri Aziz menyatakan surat ROS kepada UMNO boleh membawa kepada musibah yang lebih besar, dan menyatakan Zahid Hamidi & MKT hanya lah ‘’Caretaker” sahaja dan tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar parti.
Kenyataan Nazri Aziz disokong oleh Ketua Pengarah ROS, Jasri Kassim
Sebelum Nazri Aziz juga telah berkena, Zahid Hamidi telah kena check mate, dan perlu berani mengadakan pemilihan dalam parti sejurus Covid-19 reda.
15 Ogos 2021
Mohd Redzuan Yusof mengesahkan bahawa Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan esok
Nazri Aziz mendedahkan bahawa beliau sudah menandatangani SD menyokong Ismail Sabri sebagai calon PM
Ismail Sabri dicalonkan menjadi PM, sejurus perletakkan jawatan Muhyiddin Yasin sebagai PM Malaysia
Lapor langsung agung perkenan peletakan jawatan Muhyiddin, melantik beliau sebagai caretaker PM
16 Ogos 2021
Sah, Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai PM, ekoran kehilangan majoriti
Muhyiddin letak jawatan Perdana Menteri
18 Ogos 2021
Ahmad Maslan mengesahkan bahawa UMNO telah menamakan Ismail Sabri sebagai calon PM
Hanya satu nama sebagai calon PM, Ismail Sabri – UMNO
Nazri Aziz menyifatkan keputusan MKT UMNO dan 41 ahli Parlimen BN untuk menamakan Ismail Sabri sebagai calon PM adalah tepat
Nazri Aziz juga mengajak semua Ahli Parlimen UMNO melupakan sengketa lalu dan memberikan focus kepada usaha membantu Kerajaan PN untuk memulihkan ekonomi dan melawan Covid-19
Terima-kasih kerana pilih Ismail Sabri – Nazri
20 Ogos 2021
Ismail Sabri sah dilantik menjadi PM
Berdasarkan kronologi peristiwa yang melibatkan Nazri Aziz dengan kepimpinan utama UMNO dan juga Kerajaan PN bermula pada Januari 2021 sehinggalah kepada berlakunya perubahan kuasa dalam Kerajaan PN yang telah membawa kepada pertukaran Perdana Menteri Malaysia daripada Muhyiddin Yassin (Bersatu) kepada Ismail Sabri (UMNO), pada Ogos 2021, kita dapat lihat peranan penting yang telah dimainkan oleh Nazri Aziz.
Pendirian-pendirian dan kenyatan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri Aziz sememangnya terbukti telah mengoncang pentadbiran UMNO dan Kerajaan PN, sehingga berlakunya penukaran Perdana Menteri dari Bersatu kepada UMNO.
Nazri Aziz kelihatan sentiasa terkehadapan dalam sesuatu isu bermula dengan penarikan sokongan beliau terhadap Kerajaan PN, yang telah membawa kepada Proklamasi Darurat, kemudian beliau mengembalikan sokongan kepada Kerajaan PN selari dengan keputusan PAU, mengumpul SD memberi mandat kepada Hishamuddin dan beliau juga ahli parlimen terawal secara terbuka mengaku telah menandatangani SD menamakan Ismail Sabri sebagai PM.
Tindakan-tindakan Nazri Aziz sememangnya tidak dapat difahami oleh pihak lawan dan pihak kawan, sehinggakan Penganalisis Politik Prof Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata tindakan dan pendirian Nazri Aziz tidak dapat difahami dan satu keanehan. (https://www.malaysiakini.com/news/580225)
Sebelum ini, Nazri Aziz yang kita kenali adalah seorang hulubalang UMNO, ibarat Laksamana Hang Tuah yang sentiasa mempertahankan Presiden UMNO bermula sejak zaman Tun Mahathir, Pak Lah, Najib Razak.
Walaubagaimanapun sejak mutahir ini, Nazri Aziz telah melancarkan serangan-serangan terbuka kepada Presiden UMNO, iaitu Zahid Hamidi, yang tidak dapat disangkal oleh Zahid Hamidi dan barisan MKT UMNO.
Pada hemat penulis, Nazri Aziz telah memainkan peranan penting dalam (walau tiada jwatan dalam parti dan kerajaan): –
- a. Menggoncang pentadbiran Kerajaan PN;
- b. Membantu Ismail Sabri ke tampuk utama pentadbiran Kerajaan; dan
- c. Mengagalkan usaha Zahid Hamidi dengan menggunakan UMNO untuk kepentingan peribadi beliau
Nazri Aziz, kini ibarat Hang Jebat yang telah melaksanakan game plan secara sendirian . Kalau dilihat kepada rentetan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri Aziz terhadap Zahid Hamidi, penulis dapat simpulkan bahawa Nazri Aziz telah memulakan langkah awal untuk membuat revolusi pemulihan UMNO yang imejnya telah rosak teruk akibat kes-kes Mahkamah yang menghantui pemimpin-pemimpin utama UMNO, ditambah dengan kelemahan kepimpinan Zahidi Hamidi dalam menerajui UMNO.
Naiknya Ismail Sabri dari TPM menjadi PM, salah satunya adalah kerana peranan Nazri Aziz ‘mengawal’ permainan politik dalaman UMNO sehingga memberi kesan besar kepada Kerajaan PN.
Oleh yang demikian, penulis berpandangan, pentadbiran baru dibawah teraju Ismail Sabri memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai karakter yang kuat dan daya fikir yang kritis seperti Nazri Aziz, disaat negara menghadapi krisis tiga (3) serangkai; iaitu krisis ketidakstabilan politik negara, krisis kesihatan awam akibat Covid-19 yang membawa kepada krisis yang ketiga iaitu permasalahan ekonomi.
Daya fikir Nazri Aziz yang kritis dan pengalaman luasnya dalam mengharungi krisis sejak zaman kemelesetan ekonomi 1998 dan krisis politik terburuk UMNO yang melibatkan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, sudah cukup menggambarkan bahawa beliau adalah figura politik yang wajar diberikan tempat dalam Pentadbiran Kerajaan di Era Ismail Sabri.
Melihat kepada karakter politik Nazri Aziz, beliau mempunyai sifat ‘pemenang’ dan berani berhadapan dalam menangani krisis. Pada saat negara sedang menghadapi Krisis ini, kita perlukan pemimpin-pemimpin yang bersifat jitu untuk membawa Negara MENANG dalam menangani krisis 3 serangkai ini.
Ismail Sabri yang berperwatakan lembut memerlukan figura yang bersikap ‘keras’, dalam pentadbirannya untuk menghadapi cabaran mendatang.
Nilailah Nazri Aziz berdasarkan merit dan pencapaian beliau sejak zaman Tun Mahathir.
Nazri Aziz adalah watak Antoganis yang wajar diangkat menjadi Hero. Ternyata “Langkah Nazri Aziz” Melangkaui Langkah Bellamy dan Langkah Royal Chulan.
Zaili Zainordin, Penulis Bebas
(Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan ia merupakan pandangan peribadi penulias dan bukanlah pendirian Malaysiapost)

