9 lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD

0
2

SEBANYAK sembilan lokaliti membabitkan dua negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 26 Ogos hingga 8 September 2021.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata ia selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di semua lokaliti berkenaan.

Semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah seperti adalah seperti berikut:

Dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Sentosa Blok 4 dan Kampung Sentosa Batu 2, Lorong Saddani.

Dua lokaliti di Kota Belud iaitu Kampung Sayap dan Kampung Rampayan Laut.

Selain itu, Kuarters Kilang Mee Tien Hock, Penampang dan Taman Sri Panglima, Beaufort.

Di Pahang terdapat tiga Perkampungan Orang Asli dalam Mukim Ulu Telom di Cameron Highlands, dikenakan PKPD iaitu Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong.

Sementara itu, enam kawasan di Sabah yang sepatutnya ditamatkan pelaksanaan PKPD pada 25 Ogos 2021, dilanjutkan mulai 26 Ogos hingga 8 September ini.

Lokaliti-lokaliti itu membabitkan Kampung Pulau Penampang, Kampung Gudon, Menggatal, Kampung Lobou di Kota Kinabalu; Kampung Menunggui, Kota Belud; Kampung Tengah, Kinarut, Papar; dan Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru, Ranau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here