
SEBANYAK 18 lokaliti membabitkan tiga negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ditamatkan esok.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa.
Lokaliti ditamatkan di Pahang iaitu Felda Jengka 25, Temerloh dan Felda Tersang 1, 2 & 3, Raub.
Di Kelantan pula Ladang Kerilla, Tanah Merah dan Kampung Kubang Sawa, Tumpat.
Manakala di Sabah membabitkan 14 lokaliti iaitu lima di Kota Kinabalu iaitu Bandar Sierra; Kampung Kalasanan Bandaran Segama; Taman Bukit Setia; Taman Putera Jaya dan Kuarters Kilang J&L, Jalan Kokol.
Selain itu, Kampung Petagas, Putatan; Kampung Pogunon, Penampang; Kampung Batu 1, Sipitang; Kampung Bukit Kukusan, Tawau; Kampung Batu-Batu, Tenom; Kampung Tempasuk 1, Kota Belud; Kampung Tambulaung, Kota Belud, dan Kampung Tagibang, Kota Marudu. – Malaysiapost
