
JUMLAH kematian akibat Covid-19 merekodkan penurunan hari ini apabila sebanyak 174 kes kematian baharu dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui data dan infografik dikongsi di Facebooknya berkata, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini mencecah 14,342.
Selain itu, hari ini sebanyak 19,053 kes sembuh baharu direkodkan sekali gus menjadikan jumlah sembuh lebih tinggi berbanding 17,672 kes baharu.
Setakat ini, jumlah kumulatif kes sembuh di Malaysia adalah 1,297,723.
Bagi kes harian jangkitan Covid-19 hari ini, 17,672 membabitkan kes tempatan manakala lapan kes import.
Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 260,700 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 1,572,765 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.
Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,040 kes dengan 502 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost
