23 lokaliti di Sabah, satu di Pahang dikenakan PKPD

0
1
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

SEBANYAK 24 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan 23 kawasan di Sabah dan satu di Pahang bermula Rabu ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad, berkata ia dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Menurutnya, di Sabah lokaliti yang dikenakan PKPD adalah enam kawasan di Kota Kinabalu iaitu Kampung Cenderamata 2 dan Kampung Cempaka, Likas; Kampung Inanam Laut; Kampung Bambangan, Inanam; Kampung Kelingau; Kampung Lapasan; dan Taman Kuala Menggatal.

“Empat lagi lokaliti di Penampang iaitu Delta Height; Kampung Sindaan; Rainfield Garden; dan Maju Kota Lights Industry, Jalan Lama Penampang.

“Di Tawau membabitkan empat lokaliti iaitu Kampung Tanjung Batu Tengah; Rumah Ranggu Saujana; Kampung Sungai Taman, Pulau Sebatik dan Tanjung Batu Laut, Logpon,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiga lokaliti di Kinabatangan dikenakan PKPD iaitu Kampung Pelangi; Kampung Sri Manis; dan Ladang Sungai Pin manakala Lahad Datu dua lokaliti membabitkan Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Perumahan Satu.

“Dua lagi adalah di Papar iaitu Taman Limauan, Kinarut dan Kampung Mondikot,” katanya.

Beliau berkata, turut dikenakan PKPD di Sabah adalah di Ladang Mawang, Kalabakan dan Kem Sawmill (Kilang Papan) Mengayam Sri Arjuna, Sipitang.

“Pahang pula membabitkan kawasan Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut.

“PKPD dilaksanakan bermula 25 Ogos hingga 7 September ini dan prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here