Covid-19: Tetamu majlis akad nikah dicari

0
3

TETAMU yang menghadiri satu majlis akad nikah di Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam pada 29 Ogos lalu, diminta menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Seberang Perai Tengah (SPT).

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Asmayani Khalib berkata, ini berikutan seorang tetamu di majlis itu disahkan positif Covid-19 dan kini dirawat di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah.

“Jabatan Kesihatan negeri sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah sebenar tetamu yang hadir pada majlis berkenaan, katanya seperti dilaporkan Bernama semalam.

Terdahulu, tular satu notis dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah SPT meminta semua tetamu di majlis akad nikah berkenaan menghubungi bilik gerakan pejabat kesihatan itu menerusi talian 04-5397884. – Malaysiapost