Muafakat kerajaan, pembangkang secara formal – Annuar

0
2

KERAJAAN disaran mengambil langkah berani di luar kotak biasa dengan memudahkan urusan pelaburan dan perniagaan, serta memberi pelbagai insentif terbaik kepada sektor perniagaan dan mengurangkan birokrasi.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata satu dari perkara penting bagi kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, adalah menstabilkan politik negara agar pulihnya keyakinan pelabur dan memastikan ekonomi tumbuh dan segar kembali.

Menurutnya, usaha yang khusus bagi membentuk suasana kondusif serta mesra perniagaan perlu diwujudkan.

“Peluang pekerjaan perlu diwujudkan agar anak muda dapat segera masuk ke sektor produktif. Ruang penglibatan anak muda dan wanita perlu segera diberi keutamaan.

“Satu aspek penting yang perlu dijayakan ialah muafakat kerajaan dan pembangkang secara formal serta melaksanakan satu transformasi pentadbiran yang bermakna,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu percaya Perdana Menteri akan segera menjemput Ketua Pembangkang untuk menyusuri gagasan berkenaan.

“Parti-parti politik pembangkang boleh memulakan budaya ‘healthy and positive engagement’ dan menukar budaya membangkang dengan cara yg tidak konstruktif.

“Apapun kata orang, ‘it takes two to tango..’ Ini bermakna budaya politik parti pemerintah juga perlu turut berubah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here