Berhenti bicara masa lalu, fokus PRU15 – Azis

0
1

KETUA Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman meminta rakan pembangkang supaya berhenti membicarakan masa lalu, sebaliknya memberi fokus kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, kenyataan dikeluarkan rakan pembangkang mengenai perkara lalu akan hanya menimbulkan pertengkaran sedangkan semua pihak harus bergerak ke hadapan.

“Berhenti bercakap mengenai “Sekiranya DSSA (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) adalah calon dari pembangkang” atau “Saya mempunyai nombor” menyebabkan kami bertengkar mengenai perkara itu.

“Mari bergerak ke hadapan. Tidak ada gunanya membicarakan masa lalu sedangkan masa depan lebih penting… bersatu (kerana) PRU15 semakin dekat dan pantas. Mari bergerak ke hadapan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Ahli Parlimen Sepanggar itu dipercayai membuat ciapan itu bagi menghentikan polemik dalam kalangan pembangkang susulan Perdana Menteri baharu bukan dilantik dalam kalangan gabungan pembangkang.

Sabtu lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas mendapat 114 sokongan Ahli Parlimen berbanding 111 majoriti diperlukan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here