Dr Al-Azharri Siddiq Kamunri
Rakyat Malaysia sangat beruntung kerana ketika Negara berhadapan kemelut politik kelihatan seperti sukar diperbaiki, Negara mempunyai seorang Raja yang begitu tertib dan winsdom yang sangat tinggi semasa menyelesaikan krisis politik Negara.
Hari ini, bermulalah era Datuk Seri Ismail Sabri, anak kelahiran Pahang dan lulusan undang-undang Universiti Malaya ini akan mengemudi Negara.
Seluruh rakyat, malah saya mendapati pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Lim Guan Eng dan Mohammad Sabu telah “move on”. Anda bagaimana?
Beberapa rakan wartawan bertanya apakah masa hadapan Kerajaan Umno/BN ini? Saya perbetulkan mereka, Kerajaan ini adalah Kerajaan Gabungan (Coalition Government) bukannya Kerajaan Umno/BN. Penggunaan “terms and conditions” perlu jelas dan tidak mengelirukan rakyat.
Menjawab rakan wartawan itu, saya perlu jelaskan bahawa tidak boleh pregroratif Perdana Menteri.
Sebaliknya, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan Perdana Menteri mempunyai kuasa pregroratif untuk melantik sesiapa sahaja Menteri-menteri yang difikirkan boleh membantu beliau membangunkan Negara, memajukan rakyat dan menjaga keselamatan negara.
Bahasa mudah, parti tidak boleh jadi pregroratif Perdana Menteri atau mana-mana pihak tidak boleh menentukan Perdana Menteri. Kita kena jelas, konsep Kerajaan gabungan ini ialah “Prime Minister to coalition, bukannya Prime Minister to Barisan Nasional”.
Seperti disebut oleh Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini, kabinet yang dibentuk nanti mungkin tidak banyak berubah dengan kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Gambaran ini menunjukkan hubungan parti-parti dalam gabungan Kerajaan ini sangat baik dan harmoni.
Kita tahu Annuar Musa seorang yang sangat berpengalaman dalam berKerajaan (government developments), tidak terburu-buru, serta bijaksana dalam merangkup situasi politik semasa.
Kejayaan beliau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mencapai lebih 80 peratus dua dos vaksin masih tidak dapat diikuti oleh mana-mana negeri.
Kejayaan pertama Ismail Sabri ialah berjaya memujuk 14 Ahli Parlimen Umno untuk berpatah balik menyokong Kerajaan. Ia bukan mudah bagi seorang yang hanya berjawatan Naib Presiden memujuk dan meyakinkan Presiden dan Timbalan Presiden.
Jika pembaca melihat kembali krisis politik baru-baru ini, Ismail Sabri berjaya menjauhi konfrontasi dengan 14 ahli parlimen Umno yang menarik diri menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berjaya mendamaikan tuntutan pelbagai pihak yang berbeza baik dari luar dan dari dalam kerajaan seterusnya berjaya menstabilkan politik negara.
Mungkin kerana pengalaman luas Ismail Sabri di pelbagai Kementerian sejak tahun 1990-an lagi maka beliau berjaya mengatasi kemelut Kerajaan dan parti dengan baik.
Kesimpulan, tugas Yang di-Pertuan Agong telah sempurna. Kini sudah sampai masa kita semua kembali ke lapangan masing-masing.
Cabaran menurunkan penularan Covid-19 sudah pasti ujian pertama Kerajaan baru ini. Rakyat menaruh harapan.
[Penulis merupakan penganalisis politik dan Kerajaan dengan memberi fokus kepada isu-isu keselamatan negara, pembinaan negara bangsa, dan pemupukan semangat patriotisme]
(Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan ia tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiapost).

