SEBANYAK 11 lokaliti membabitkan empat negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa bermula 23 Ogos hingga 5 September 2021.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.
Katanya, pihaknya telah bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti berkenaan.
Semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah seperti adalah seperti berikut:
Di Sabah membabitkan empat lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Taman Thien Vun, Taman Victoria, Taman King Fook dan Kampung Kurnia, Batu 4.
Selain itu, dua lokaliti di Beluran, Sabah iaitu Kampung Sulit Paitan dan Kampung Matanggal Lama serta PPR Taman Mesra, Sandakan, Sabah.
Di PERAK pula membabitkan Pelantar Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor, Perak dan Penjara Tapah (termasuk kuarters), Batang Padang, Perak
Sementara, di Kedah melibatkan Penjara Pokok Sena (termasuk kuarters), Pokok Sena, Kedah.
Di Pahang melibatkan Kampung Telemin, Mukim Gua, Daerah Lipis, Pahang. – Malaysiapost

