Keterangan Nadir, Caprice diambil secara online

0
2

POLIS telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice.

Ia bagi membolehkan polis merakamkan percakapan kedua-duanya bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat pendakwah, Ebit Lew bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima tarikh untuk mengambil keterangan Nadir Al-Nuri dan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

“Kita telah memohon bantuan Interpol dan sedang menunggu jawapan daripada pihak Interpol bagi sebarang perkembangan terbaharu,” katanya memetik Kosmo! Online.

Ashari berkata, tindakan tersebut dilakukan susulan laporan dibuat Ebit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

“Kita sedang berhubung dengan kedua-dua mereka untuk menentukan tarikh dan masa sesuai untuk diambil keterangan secara dalam talian,” katanya.

Difahamkan, tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membabitkan kenyataan di media sosial.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 kanun yang sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here