Agong, Sultan Nazrin terima menghadap ketua, wakil parti politik

0
1

ISTANA Negara hari ini memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama pada Selasa lalu.

Menerusi kenyataan, dengan titah Seri Paduka Baginda, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah disembah silakan turut berangkat hadir semasa sesi menghadap itu atas kapasiti sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Peguam Negara.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan menerima menghadap secara maya ketua-ketua dan wakil-wakil komponen-komponen parti Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ia telah diadakan sebelum sesi menghadap ketua-ketua dan wakil-wakil parti-parti politik utama tersebut

Sesi-sesi menghadap itu adalah lanjutan daripada peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here