Annuar saran ‘seni bina politik baru’ untuk masa depan

0
2

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata masih ramai yang belum memahami realiti politik semasa.

Justeru katanya, ada pihak yang cuba menguasai atau memaksa sesuatu kehendak tanpa mengambil kira lanskap politik yang sudah berubah.

Beliau memberi contoh, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sering berkata, kerajaan yang dibina dengan mewujudkan “post election coalition” seperti yang ada sekarang lazimnya rapuh dan tidak stabil.

Ini kerana menurutnya, akan ada percubaan untuk membuat permintaan kerana mengetahui kerajaan yang boleh diugut.

“Berbeza dengan kerajaan yang dibentuk ‘pre election coalition’ seperti Barisan Nasional (BN) dulu yang lebih stabil.

“Ada yang bercakap tentang konsep parti menguasai kerajaan. Sebenarnya konsep ini sukar dilaksanakan kerana sebenarnya tiada satu parti pun yang menguasai.

“Yang menguasai adalah coalition itu sendiri dan bukannya parti,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu berkata satu cara untuk melaksanakan konsep parti menguasai kerajaan ialah semua anggota gabungan perlu membentuk badan bersama, di mana dasar utama dirundingkan.

Dari situ katanya, barulah diberi pandu arah kepada kerajaan untuk dilaksanakan.

“Pengalaman ketidakstabilan dua kerajaan yang lepas perlu jadi pedoman. Satu pendekatan lebih inklusif seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius.

“Mungkin sampai masanya parti-parti politk dalam negara kita mula memikirkan seni bina politik baharu untuk masa depan,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here