Tuan Ibrahim minta ahli, penyokong PAS terus bertenang

0
2

TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli dan penyokong parti itu bertenang dan mendapatkan maklumat rasmi parti dari sumber sebenar.

Tuan Ibrahim mewakili Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang ini, turut menasihati ahli parti itu mengamalkan zikir dalam menghadapi situasi getir berkenaan.

“Saya mewakili Presiden PAS akan ke Istana Negara mengadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 2 petang, membawa amanah Presiden dan Parti bagi mencadangkan pendirian parti menghadapi kemelut politik yang berlaku kini.

“Kepada Ahli dan penyokong PAS, diminta bertenang dan mendapatkan maklumat rasmi parti dari sumber sebenar,” katanya dalam hantaran Facebook.

Terdahulu, wakil-wakil pemimpin politik mula tiba di Istana Negara di sini, sekitar jam 1.30 tengah hari tadi bagi menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sesi sembah maklum itu dipercayai berhubung perbincangan mengenai pelantikan Perdana Menteri kesembilan akan dijalankan serentak oleh Al-Sultan Abdullah.

Kenderaan dipercayai membawa Tuan Ibrahim antara yang terawal tiba di pekarangan Istana Negara sekitar 1.23 tengah hari. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here