Kenderaan pemimpin politik masuk Istana Negara, menghadap Agong

0
2
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tiba di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba kira-kira jam 1.40 petang masuk menerusi Pintu 2 Istana Negara, dipercayai perjumpaan itu mempunyai kaitan berhubung calon Perdana Menteri ke-9.

Selain Ahmad Zahid, menyusul masuk ke Istana Negara termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang); Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Malah turut kelihatan kenderaan membawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tiba di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tiba di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu tiba di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Difahamkan, sehingga berita ini ditulis perjumpaan berkenaan masih belum selesai.

Semalam media melaporkan, perjumpaan tersebut dijangka berlangsung pada jam 2.30 petang yang juga akan turut disertai oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here