Tahap keselamatan negara terkawal – KPN

0
2

TAHAP keselamatan negara dilaporkan terkawal walaupun dalam keadaan politik semasa ketika ini dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata berdasarkan situasi semasa politik negara, pihaknya memberi jaminan bahawa keselamatan dan kententeraman awam negara adalah terkawal.

“Orang ramai diminta untuk tidak gusar dan membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat.

“PDRM sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak menggunakan apa jua medium yang boleh menimbulkan hasutan dan menggugat kententeraman awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian sebagai usaha bersama membendung penularan Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here