Muhyiddin bakal menghadap Agong Isnin ini

0
2

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Isnin ini.

Menurut sumber terdekat, Muhyiddin akan menghadap Al Sultan Abdullah berkaitan kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen ketika ini.

Malaysiapost diberitahu, pertemuan itu akan berlangsung menjelang tengah hari.

Ketika ini spekulasi bertiup kencang, Muhyiddin bersedia untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri yang disandang sejak pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Mac tahun lalu.

Kedudukan Presiden Bersatu sebagai Perdana Menteri ibarat telur di hujung tanduk susulan didakwa kekurangan 11 Ahli Parlimen yang menyebabkan keabsahannya dipertikaikan.

Semalam, dalam ucapan khas, Muhyiddin bertegas enggan meletak jawatan atas alasan tiada mana-mana Ahli Parlimen mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Namun, tindakan Ahli Parlimen Pagoh itu dikecam kerana didakwa tidak sepatutnya membuat pertimbangan begitu dan perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan segera bagi memberi laluan kepada Yang di Pertuan Agong membuat tindakan selanjutnya dengan kebijaksanaan baginda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here