Keabsahan United terbukti, belasah Leeds 5-1

0
1

KEABSAHAN juara 20 kali Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United terserlah apabila memulakan kempen musim 2021/22 dengan kemenangan bergaya.

Menentang Leeds United di tempat sendiri anak buah Ole Gunnar Solskjaer tampil berkeyakinan tinggi dengan mengasak hebat ke kubu lawan sejak perlawanan dimulakan.

Ianya membuahkan hasil, apabila Bruno Fernandes berjaya menjaringkan gol pembukaan selepas menerima hantaran cantik Paul Pogba pada minit ke-30.

Perlawanan yang dikenali sebagai Roses Derby itu menjadi rancak apabila Leeds mengejutkan tuan rumah setelah berjaya menjaringkan gol penyamaan, empat minit babak kedua berlangsung menerusi Luke Ayling.

Namun, Greenwood meletakkan United kembali di hadapan menerusi sepakan leret hasil hantaran Pogba.

Pogba melengkapkan hatrik assistnya pada minit ke-54, hanya dua minit selepas gol Greenwood.

Fernandes menyerlah dalam perlawanan ini dengan menyempurnakan hantaran Pogba, sekali gus menjaringkan gol kedua peribadinya dan ketiga perlawanan.

Akhirnya, Fernandes meledak hatrik pada minit ke-60 hasil daripada hantaran cantik Lindelof sebelum Pogba menjadikan kedudukan 5-1 lapan minit kemudian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here