Ibu bapa kanak-kanak pandu kereta disiasat

0
3

IBU bapa dan murid Tahun Tiga yang tular memandu sebuah kereta Proton Saga dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam, berkata pihaknya berjaya mengesan ibu bapa murid berkenaan untuk siasatan berkaitan video berkenaan.

“Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil.

“Kesemua mereka kini sudahpun berada di IPD Rembau dan diambil keterangan,” katanya seperti dilaporkan Kosmo Online.

Difahamkan, murid berkenaan dikesan di sekolahnya seperti tular di laman sosial.

Hari ini tular video seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dengan tajuk ‘Handa orang Rombau haa’.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video.