Petugas KKM meninggal dunia di pusat kuarantin

0
2

SEORANG petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia dalam bilik rehat di sebuah hotel yang dijadikan pusat kuarantin, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, mangsa, Mohd Nizarman Hisham Mudda dipercayai meninggal dunia dalam tempoh tujuh jam sebelum disedari rakan sekerjanya.

“Kami menerima maklumat awal sekitar jam 7.07 malam berkenaan mangsa yang tidak sedarkan diri dalam bilik rehat di tingkat dua.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan yang turut hadir ke lokasi.

“Mangsa merupakan pembantu perubatan berusia 28 tahun itu baru ditugaskan di pusat kuarantin tersebut 2 Ogos lalu dan berasal dari Mukah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan tiada sebarang kesan pecah masuk atau kehilangan barangan milik mangsa.

Katanya, pemeriksaan tubuh badan juga mendapati tiada sebarang kecederaan dialami mangsa dan siasatan lanjut masih berjalan.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk saringan Covid-19 dan bedah siasat. – Malaysiapost

Kredit Foto: Utusan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here