‘Ujian PCR sahkan saya negatif’ – Khalid Samad

0
2
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad

Nurul Huda Abhar

AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengesahkan dirinya negatif Covid-19.

Beliau sebelum ini dilaporkan menjalani kuarantin di rumah selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif virus berkenaan.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah, berkata telah menjalani ujian saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) semalam dan keputusan ujian tersebut adalah negatif.

“PCR results (keputusan ) yang diterima hari ni (semalam) mengesahkan saya negatif,” katanya ringkas kepada Malaysiapost.

Sebelum ini sebuah portal tempatan melaporkan bahawa Khalid menimbulkan kebimbangan kepada individu yang mempunyai kontak fizikal dengan Ahli Parlimen Shah Alam itu selepas beliau diuji positif Covid-19.

Ianya selepas kejadian Khalid dilihat menanggalkan pelitup muka ketika berucap dengan beberapa orang pegawai polis dengan jarak dekat di sekelilingnya ketika berhimpun bersama Ahli Parlimen pembangkang lain di luar perkarangan Parlimen pada 2 Ogos lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here