Tindakan ROS terhadap Umno ‘direstui’ kumpulan penyokong PN

0
2
Datuk Razlan Rafii

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menyifatkan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap parti itu dilakukan dengan ‘restu’ kumpulan yang menyokong Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Beliau berkata, tindakan ROS yang didakwa menuju kepada ‘Pengharaman Umno’ itu membabitkan tindakan subahat yang dilakukan oleh kumpulan yang mahukan perubahan struktur dalam parti berkenaan.

“Pandangan mereka, untuk Umno menang di masa akan datang, perubahan parti mesti di lakukan, walaupun sudah beberapa kali dalam Majlis Tertinggi (MT) berpendirian untuk meneruskan Permilihan Parti, namun keadaan Covid tidak membenarkan ia dilakukan.

“Tindakan ROS memutuskan bahawa ‘Tempoh Maljlis Tertinggi hari ini sudah terhenti’ malah ianya bukan datang tanpa restu kumpulan yang menyokong PN hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Razlan berkata, demi untuk menolak keputusan MT Umno yang menarik sokongan kepada Kerajaan PN, kumpulan itu sanggup untuk meletakkan Umno ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

“Implikasi ini sangat besar. Tempat orang Melayu bernaung, tempat bertahannya Perlembagaan dan kesucian Melayu di dalam Kerajaan. Sebuah Parti yang secara konsisten mempertahankan orang Melayu sepanjang zaman.

“Tidak adil untuk meletakan perjuangan ini kepada keadaan yang bahaya, kepada sebuah keadaan yang mementingkan pendirian masing-masing.

“Umno sebuah perjuangan yang lebih besar dari kita semua, sebuah perjuangan yang kita warisi kepada anak cucu kita, kita akan pergi, namun kenapakah ianya sehingga ke tahap ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Razlan berkata, setiap ahli Umno mesti dimaklumkan mengnai implikasi terhadap tindakan ROS itu kerana ia bukan ‘straight foward’ seperti yang dikatakan oleh pengarah pertubuhan itu.

“Sejarah MyPPP (Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) digantung seharusnya menjadi rujukan kepada kes yang terjadi terhadap tindakan ROS kepada UMNO.

“MyPPP mempunyai dua kumpulan yang melakukan mesyuarat dan pertelingkahan dalaman sehinggakan Parti itu digantung pendaftarannya. Bertahun berjuang, dengan sekelip mata, ianya terkubur begitu sahaja,” katanya,

Beliau berkata, Umno pastinya akan merujuk perundangan jika keadaan memaksa, sekiranya parti itu tidak dapat menepati tempoh melaksanakan pemilihan tahun ini.

“Kita nak bertanya juga soalan ‘What Next’ kepada kumpulan ROS ini sekiranya keadaan Covid berterusan dan Umno gagal melaksanakan pemilihan parti,

“Adakah perkeliling yang dikeluarkan oleh ROS kepada semua pertubuhan untuk mengantung Pemilihan dan Mesyuarat bermula 1 Jun sehingga satu tarikh ditentukan itu tidak terpakai kepada Umno?,” soalnya.

Dalam pada itu, Mohd Razlan berkata, ketika ini ada juga pihak mahu Umno tidak berkuasa terhadap Barisan Nasional (BN).

“BN pula mahu mereka rampas, apa yang mereka pentingkan adalah watikah. Beria mahu menjadi calon Ahli Parlimen atau ADUN, sehingga mereka boleh kuburkan Umno untuk memberi kuasa kepada MCA atau MIC.

“Adakah ‘Next Game’ itu adalah memberi kuasa kepada Parti komponan yang lain? Apa guna BN sekira Umno ini dikuburkan, dimana nak dihalakan Perjuang Agama Bangsa dan Negara, kepada ABATA kita,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here