KL capai 80 peratus vaksinasi hujung minggu ini

0
2

KUALA Lumpur bakal menjadi antara ibu kota terawal di dunia berjaya mencapai kadar 80 peratus vaksinasi sekali gus imuniti kelompok.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata pada masa ini 78 peratus daripada golongan dewasa di Kuala Lumpur sudah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Insya-Allah dua hari lagi, hujung minggu ini kita bakal mencapai 80 peratus atau 1.48 juta orang, wilayah kedua selepas Labuan.

“Kuala Lumpur antara ibu kota terawal di dunia berjaya mencapai 80 peratus vaksinasi,” katanya di Facebook.

Susulan perkembangan itu, Annuar berkata persiapan ke fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) perlu dilaksanakan terutama dalam membuka kegiatan ekonomi serta kehidupan rakyat namun secara berperingkat.

Beliau juga bercadang membentuk jawatankuasa penasihat pemulihan Wilayah Persekutuan terdiri daripada wakil rakyat semua parti serta tokoh badan bukan kerajaan dan korporat.

“Jawatankuasa ini dapat bersama membantu pelaksanaan program pemulihan yg berkesan di Wilayah Persekutuan,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here