MALAYSIA mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi hari ini dengan 21,668 kes dilaporkan berbanding 20,780 kes semalam.
Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya, angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 1,342,215, sejak wabak berkenaan melanda negara.
Selangor masih mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu 6,278 atau 491,292 kes kumulatif.
Tiga negeri merekodkan jumlah kes harian melebihi 2,000 kes iaitu Kuala Lumpur 2,436 kes (148,846 kes kumulatif), Sabah 2,052 kes (100,031 kes kumulatif) dan Kedah 2,143 kes (63,433 kes kumulatif).
Johor mencatatkan kes baharu sebanyak 1,706 kes (106,427 kes kumulatif), diikuti Pulau Pinang 1,229 kes (56,633 kes kumulatif) dan Sarawak 1,216 kes (84,603 kes kumulatif).
Di Kelantan 972 kes baharu direkodkan (53,633 kes kumulatif), manakala Perak 930 kes (47,570 kes kumulatif), Negeri Sembilan 899 kes (82,470 kes kumulatif), Pahang 629 kes (31,482 kes kumulatif), Terengganu 594 (22,782 kes kumulatif) dan Melaka 494 kes (37,652 kes kumulatif).
Sementara itu, Putrajaya mencatatkan 56 kes baharu (4,717 kes kumulatif), diikuti Perlis 23 kes (910 kes kumulatif) dan akhir sekali Labuan sebanyak 11 kes baharu (9,734 kes kumulatif). – Malaysiapost

