Satu Keluarga, Satu Pulse Oximeter!

0
2

Dr Zubaidi Ahmad

TAHUKAH anda penggunaan Pulse Oximeter boleh menyelamatkan nyawa anda?

Pulse oximeter berfungsi untuk mengukur tahap oksigen dalam badan dan kadar denyutan jantung anda.

Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat 3 kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.

Contohnya, 3 kali sehari mengikut waktu makan.

Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

Ikuti cara penggunaan Pulse Oximeter dengan betul:

  1. Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.
  2. Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran
  3. Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.
  4. Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada
  5. Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.
  6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat.

Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati. Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%. Satu Keluarga, Satu Pulse Oximeter!

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here