Kesesakan PPV Hotel Grand Season, polis ambil tindakan segera

0
2

POLIS telah mrngambil tindakan segera bagi menangani kesesakan orang ramai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel Grand Season di Kuala Lumpur hari ini.

Tindakan itu diambil susulan video tular kesesakan di lokasi tersebut hari ini.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya telah mengarahkan Pasukan Pematuhan ke PPV tersebut bagi mengawal keadaan.

“Hebahan telah dibuat kepada orang ramai yang hadir supaya membuat penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pasukan Pematuhan berjaya mengawal keadaan di pusat tersebut sehingga program vaksinasi selesai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noor Dellhan seterusnya meminta kerjasama orang ramai terus mematuhi SOP serta menghubungi IPD Dang Wangi jika ada maklumat berkaitan pelanggaran SOP.

Terdahulu tular di media sosial video memaparkan kesesakan di PPV Hotel Grand Season, dipercayai melibatkan warga asing yang beratur tanpa penjarakan fizikal.

Mereka dipercayai menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’.

Video kesesakan itu dikongsi pengguna Twitter Surirumah Sepenuh Masa @_loveshak, menunjukkan orang ramai dipercayai warga asing beratur panjang dalam keadaan berhimpit tanpa mematuhi SOP. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here