22 lokaliti di Sabah dikenakan PKPD

0
1
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

SEBANYAK lapan lokaliti baharu di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), manakala 14 lagi lokaliti di negeri berkenaan yang sedang dilaksanakan PKPD, dilanjutkan tempoh dua minggu lagi bermula Jumaat ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kawasan baharu yang dikenakakan PKPD itu membabitkan tiga lokaliti di Tawau, iaitu Kampung Kongsi 8; Kampung Bergosong, Pulau Sebatik; dan PPR Taman Sri Apas Batu 8.

Menurutnya, lima lagi lokaliti baharu adalah dua di Beluran iaitu perumahan Ladang Reka Halus dan perumahan Ladang Boustead Trunkline, manakala selebihnya di Kampung Kayu Madang, Telipok, Kota Kinabalu; Kampung Batition, Kota Marudu; dan Kampung Sunsuron, Tambunan.

“Sebanyak 11 Lokaliti di Tuaran dilanjutkan PKPD iaitu Kampung Betutai; Kampung Bolong Baru; Kampung Bontoi; Kampung Kindu; Kampung Lapasan; Kampung Serusop; Kampung Sungai Damit; Kampung Timbok; Kampung Simpangan; Taman Sri Rugading; dan Taman Telipok Ria.

“Tiga lagi kawasan dilanjutkan PKPD adalah Kampung Lahat-Lahat, Pulau Sebatik, Tawau; dan dua lokaliti di Kinabatangan iaitu Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hishammuddin berkata, tiga kampung Orang Asli di Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan turut dilanjutkan perintah sama iaitu Kampung Jedip WCT; Kampung Sendrop; dan Kampung Seng Sang.

Menurutnya, keputusan dibuat selepas kerajaan meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di semua kawasan berkeaan dan PKPD dilaksanakan bermula 13 Ogos hingga 26 Ogos ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here