Kes Covid-19 kembali lepasi angka 20,000

0
2

KES harian Covid-19 di Malaysia mencecah angka melebihi 20,000 buat kali ketiga apabila merekodkan 20,780 jangkitan hari ini, menjadikan keseluruhan kes terus melonjak kepada 1,320,547.

Sebelum ini Malaysia dua kali mencatatkan kes melebihi angka 20,000 iaitu 20,889 pada 6 Ogos dan 20,596 sehari sebelum itu.

Berdasarkan infografik dikongsi di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor hari ini mencatatkan 6,921 kes baharu menjadikan keseluruhan kes di negeri itu kini 485,014.

Kuala Lumpur pula mencatatkan 2,065 kes baharu, diikuti Johor (1,693), Kedah (1,534), Sabah (1,514), Pulau Pinang (1,385), Kelantan (1,284) dan Negeri Sembilan (1,015).

Negeri-negeri di bawah 1,000 kes ialah Perak (828), Melaka (636), Sarawak (634), Terengganu (613), Pahang (585), Putrajaya (41), Perlis (29) dan Labuan dengan tiga kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here