Lebih 16,000 tandatangan petisyen tangguh pembukaan sekolah

0
2

SATU petisyen bagi menangguhkan pembukaan sekolah yang dijadualkan pada 1 September ini diwujudkan secara dalam talian dan kini sudah mendapat lebih 16,000 tandatangan.

Petisyen yang ditujukan khas kepada Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin itu adalah kempen bagi mendesak Kementerian Pendidikan (KPM) menangguhkan pembukaan sesi pembelajaran secara bersemuka bermula 1 September ini.

KPM pada 17 Julai lalu membuat ketetapan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September.

Menurut KPM, perkara itu mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kempen dalam talian ini dicetuskan warganet bernama Awang Sulong di laman web change.org yang menyasarkan 100,000 tandatangan rakyat Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here