JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan menangkap dua ekor gajah menerusi operasi tangkapan gajah di Kampung Bukit Pagar Dalam, Kuala Krai, pada 29 Julai lalu.
PERHILITAN dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan tangkapan ibu dan anak gajah jantan itu susulan mengambil kira keselamatan penduduk akibat gangguan haiwan terbabit yang sering berkeliaran di lokasi tersebut sejak 23 Julai 2021.
Menurutnya, seramai 11 anggota PERHILITAN Kelantan terlibat dalam operasi ini.
“Justeru, pemeriksaan awal ke atas kedua-dua Gajah tersebut mendapati anak Gajah mengalami kecederaan lama di bahagian belalainya akibat kesan lilitan tali.
“Anak gajah itu telah diberi rawatan awal oleh Pegawai Veterinar Jabatan PERHILITAN,” menurut kenyataan itu.
Menurut PERHILITAN, pemantauan berterusan di lokasi tangkapan turut dijalankan sehingga operasi pemindahan dilakukan. – Malaysiapost
Kredit Foto: PERHILITAN

