Sultan Johor kecewa perebutan kuasa ketika rakyat susah

0
2

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berasa kecewa dengan tindakan pemimpin yang mengganggu kerajaan dan berebut kuasa di saat rakyat dalam keadaan susah dan gelisah berhadapan dengan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Justeru itu, baginda bertitah sempena permulaan Tahun 1443 Hijrah hari ini, semua pemimpin dapat menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan adalah hak Allah SWT.

Titahnya lagi, semua pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah, bukannya kepentingan diri sendiri sehingga menggugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanah air.

“Saya berasa kecewa apabila ada pemimpin yang mengganggu kerajaan dan berebut kuasa di saat rakyat dalam keadaan susah dan gelisah berhadapan dengan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

“Sempena permulaan Tahun 1443 Hijrah hari ini, saya menyeru kepada semua pemimpin Islam, terutama pemimpin bangsa Melayu di negara ini, supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah SWT.

‘Dan Dialah yang memberi kuasa kepada orang yang dikehendaki, dan Dia juga yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki,” titahnya yang dikongsikan di Facebook hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here