Warga emas meninggal dunia depan bank sah positif Covid-19

0
2

SEORANG warga emas yang ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap berhampiran pintu masuk sebuah bank di Lagenda Height, Sungai Petani, Kedah semalam, disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata jangkitan itu diketahui selepas ujian saringan sebelum bedah siasat dilakukan terhadap mayat mangsa, hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 8 pagi semalam, wanita berusia 63 tahun itu pada mulanya dilihat kakitangan bank duduk di hadapan pintu masuk dalam keadaan tidak bermaya sebelum jatuh tertiarap dan tidak sedarkan diri.

Adzli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pekerja bank yang memaklumkan kejadian dan pemeriksaan mendapati wanita itu sudah meninggal dunia.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau mencurigakan pada tubuh wanita terbabit.

“Hasil keterangan lanjut, seorang kakitangan bank mendakwa wanita terbabit kerap berada di kaki lima premis berkenaan dan akan tiba seawal jam 9 pagi setiap hari untuk meminta sedekah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lokasi kejadian sudah disanitasi dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAS)untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here