810 premis ingkar SOP diarah tutup

0
2

SEBANYAK 810 kilang dan premis perniagaan termasuk tapak pembinaan serta penempatan pekerja diarah tutup kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau mengingatkan semua premis yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) perlu mematuhi SOP.

“Apabila kemudahan beroperasi diberikan, sepatutnya tiada alasan untuk mana-mana premis ingkar SOP – besar risikonya terhadap keselamatan negara terutama dalam konteks penularan Covid-19.

“Sejak ambil alih tugas ini, setiap hari saya terima laporan daripada Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM – dalam seminggu lebih ini sahaja 810 premis diarah tutup serta-merta kerana ingkar SOP,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, beliau berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM kerana bertungkus-lumus menjalankan penguatkuasaan di seluruh negara.

“Mengenakan tindakan bukan kemahuan saya mahupun PDRM. Tetapi jika premis sendiri tidak bertanggungjawab, maka mereka perlu tanggung akibatnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here