300 orang solat jenazah ghaib buat Siti Sarah di Masjidil Haram

0
3

SERAMAI 300 orang melakukan solat jenazah ghaib untuk penyanyi dan usahawan, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di Masjidil Haram, Mekah.

Menerusi satu siaran langsung menerusi DATV, seorang individu memaklumkan perkara berkenaan kepada suami Allahyarham, Shuib Sepahtu dan turut kelihatan rakan artis, Nabil Ahmad bersama isterinya, Zira Ayub.

https://www.instagram.com/tv/CSYHy9Zhwnt/?utm_medium=share_sheet

“Alhamdulillah kami dah selesai solat jenazah ghaib untuk Almarhum Siti Sarah dan minta saudara di Mekah untuk solat jenazah.

“Beliau telah meminta imam masjid dekat rumahnya di daerah Mekah untuk solat jenazah ghaib ke atas Almarhum.

“Alhamdulillah lepas solat zuhur tadi waktu Mekah, lebih kurang 300 orang telah solat jenazah ghaib,” kata individu terbabit.

Setelah mendengar perkhabaran berkenaan, Shuib meluahkan rasa terharu dan bersyukur kerana ramai yang menyayangi isterinya.

“Allahuakbar, untungnya awak, ibu. Ya Allah, sayang.. rezeki you sayang,” katanya.

Video solat jenazah itu juga dikongsikan Shuib di Instagramnya.

“Allahuakbar, Allah Maha Besar. Dapat kiriman video solat jenazah dalam Masjidil Haram.

“Allah terlalu sayang awak, ibu Bergembiralah di syurga bidadari ku Siti Sarah,” tulisnya.

Siti Sarah, 37, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi selepas bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19.

Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor kira-kira jam 1.20 petang semalam.

Terdahulu, Siti Sarah yang mengandung lapan bulan terpaksa melahirkan anak keempat menerusi pembedahan dalam keadaan tidak sedar pada Jumaat lalu.

Anak bongsu yang diberi nama Ayash Affan kini sedang dirawat di hospital. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here