Lebih 25 juta penduduk Malaysia sudah divaksinasi

0
2
Penerima-penerima hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini.

JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 di Malaysia setakat ini mencapai 25,008,230 dos dengan 465,793 dos diberi semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata jumlah penerima dos pertama ialah 15,959,596 sementara 9,048,634 individu telah menerima dos kedua.

Mengikut peratusan, 68.2 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 38.7 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya menerusi Twitter.

Sementara itu, berdasarkan data dan infografik yang dikongsinya, seramai 187,495 individu menerima dos pertama dan 278,298 individu lagi menerima dos kedua semalam.

“Pemberian vaksin tertinggi setakat ini adalah Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang merekodkan 6,260,353 penerima dos pertama dan 3,312,415 penerima lengkap dua dos,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here