‘Sokongan terhadap Muhyiddin akan tinggal 98’ – Puad

0
2

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata ketika ini hanya tinggal 100 Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mohd Puad berkata, beliau menjangkakan akan ada dua lagi Ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin dalam masa terdekat sekali gus menjadikan jumlah sokongan tinggal 98.

Justeru, katanya, Muhyiddin tidak perlu menunggu sehingga September untuk mengadakan usul undi percaya dan ia sewajarnya dilaksanakan bulan ini.

“Tinggal 100 MP (Ahli Parlimen) sahaja yang sokong PM. Ada dua lagi MP Umno dijangka akan menarik sokongan terhadap PM. Maka tinggal 98.

“Tak payah tunggu 6 September untuk usul undi percaya. Cepatkan sahaja sidang khas Parlimen ke bulan Ogos ini.

“Lagi bagus kalau PM letak jawatan segera. Mohon YDP Agong lantik ‘caretaker Prime Minister’ untuk 6-12 bulan. Salam Maal Hijrah,” katanya dalam hantaran Facebook.

Rabu lalu, Perdana Menteri menegaskan bahawa keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri serta kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan ditentukan menerusi usul undi percaya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, September ini.

Muhyiddin berkata, beliau sudah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau akan menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here