TAN Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Temerloh serta merta dan kembali ke pangkuan Umno.
Tengku Azlan berkata, beliau membuat keputusan untuk memilih kembali ke pangkuan Umno kerana yakin dan percaya parti itu merupakan sebuah parti yang menjadi tunjang kepada perjuangan orang Melayu dan Islam.
“Saya mengambil kesempatan pada petang ini untuk menyerahkan borang keahlian saya kepada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pahang dan saya memilih untuk menjadi ahli Umno Bahagian Paya Besar.
“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman dan juga bahagian Paya Besar atas kesudian menerima saya sebagal ahli Umno bahaglan Paya Besar.” katanya seperti dilaporkan Umno Online.
Terdahulu, Tengku Azlan turut menyerahkan borang permohonannya untuk menyertai Umno melalui Bahagian Paya Besar kepada Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Khaled Nordin.
Tegku Azlan berkata, beliau menyokong penuh pendirian Menteri Besar selaku Pengerusi Perhubungan Umno Pahang dalam isu Perlembagaan baru-baru ini yang mana ia telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat negara ini.
“Sebagai rakyat Malaysia kita semestinya mempertahankan Perlembagaan negara tanpa mengira fahaman politik.
“Kita seharusnya mendukung demokrasi berparlimen dan juga Raja Berperlembagaan berdasarkan yang telah termaktlub dalam Rukun Negara sesungguhnya Perlembagaan Negara adalah sebuah institusi tertinggi dalam negara kita,” katanya. – Malaysiapost

