Penyanyi Siti Sarah sudah tiada

0
3

PENYANYI Siti Sarah Raissuddin yang juga isteri kepada Shuib Sepahtu meninggal dunia kira-kira jam 5.13 minit pagi tadi.

Siti Sarah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan berita sedih itu dimaklumkan suaminya Shuib Sepahtu melalui Instagram sebentar tadi.

“Pada 5.13 minit pagi, bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Sandarkan Pada Kenangan itu terpaksa ditidurkan pada 6 Ogos lalu selepas keadaan kesihatannya menurun akibat jangkitan Covid-19.

Doktor juga terpaksa melakukan pembedahan ke atas Siti Sarah bagi menyelamatkan kandungannya. Anak pasangan terbabit, Ayash Affan, selamat dilahirkan tidak lama kemudian.

Sebelum majlis bacaan Yassin dan doa selamat yang diadakan malam tadi, Shuib memaklumkan Siti Sarah, 36, tidak berada dalam keadaan baik.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad itu, paras bacaan oksigen Siti Sarah menurun 40 peratus, malah isterinya itu juga sudah ditiarapkan.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dia dan keluarganya positif Covid-19 selepas seorang pembantunya terkena jangkitan Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here