Covid-19 naik mendadak, Guan Eng mohon kerajaan bantu Pulau Pinang

0
2

SUSULAN peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta bantuan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kadar vaksinasi di negeri itu.

Dalam satu kenyataan, Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kadar vaksinasi negeri itu telah menurun daripada sasaran 30,000 sehari, sedangkan jangkitan harian Covid-19 meningkat mendadak sekitar 1,000 kes sehari.

“Untuk Ogos, sasaran 30,000 dos dicapai hanya sekali pada 5 Ogos, dengan yang terendah adalah 21,614 dos harian pada 1 Ogos.

“Ketua menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah menyatakan sasaran mencapai 40,000 dos harian bulan ini. Tetapi dengan bekalan yang tidak menentu, bahkan mencapai sasaran purata 30,000 dos harian mungkin sukar,” katanya.

Justeru, Guan Eng berharap, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dapat memberi jaminan agar kadar vaksinasi untuk rakyat Pulau Pinang sentiasa cukup bagi memastikan ‘herd immunity’ dapat dicapai segera di negeri itu.

“Bolehkah Kerajaan Persekutuan menjamin pemberian vaksin dengan segera untuk membolehkan 40,000 dos harian dicapai pada akhir bulan Ogos?

“Memastikan penduduk Pulau Pinang divaksin adalah “satu-satunya perlindungan terhadap risiko kematian tinggi dari Covid-19”, katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here