Selebriti tanah air turut bangga dengan kejayaan ‘The Pocket Rocketman’

0
1
{"uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1628406282724","source":"other","origin":"unknown"}

KEJAYAAN pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat perak Sukan Olimpik Tokyo hari ini turut dirasai berapa selebriti tanah air yang menitipkan ucapan tahniah kepada ‘The Pocket Rocketman’.

Neelofa dalam ciapan di laman Twitter memberi sekalung tahniah kepada Mohd Azizulhasni yang membanggakan Malaysia dengan pingat kedua menerusi Olimpik Tokyo.

 “Tahniah Datuk Azizulhasni untuk kejayaan pingat perak! Anda dan Shah Firdaus telah membuatkan kami rakyat Malaysia berbangga pada hari ini di pentas Olimpik Tokyo 2020,” tulis Neelofa.

Pada masa sama, pelakon dan pengacara Janna Nick juga meraikan kejayaan atlet itu dan berkata sangat berbangga kerana Mohd Azizulhasni telah mengharumkan nama Malaysia.

“Tahniah Datuk Azizulhasni! Terima kasih kerana menyumbang pingat perak dan harumkan nama Malaysia. Kami sangat bangga dengan anda,” katanya dalam ruangan InstaStory.

Beberapa selebriti lagi seperti Mira Filzah, Fasha Sandha dan Yuna turut memberikan ucapan tahniah kepada atlet kelahiran Terengganu itu.

Terdahulu, Mohd Azizulhasni merangkul pingat perak buat Malaysia di peringkat akhir acara keirin lelaki di Izu Velodrome in Shizuoka, Olimpik Tokyo.

Untuk rekod, Azizulhasni, 33, sebelum ini pernah meraih gangsa di Olimpik Rio 2016. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here