Musim durian hingga September? – Shahril sindir kerajaan PN

0
2

“MUSIM durian sehingga September?,” soal Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan.

Shahril berkata demikian merujuk tindakan pihak tertentu memancing sokongan untuk mengekalkan kuasa.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Shahril berkata, beliau menjangkakan ‘episod’ membeli sokongan itu akan berlangsung sehingga September ini iaitu sebelum Parlimen bersidang.

“Musim durian sehingga September? Yang ada masalah, disucikan. Yang tidak dapat jumpa masalah, ditawarkan laba.

“Berapa banyak lagi laporan sebegini bakal dibuat antara hari ini dan hari undi percaya? Mungkinkah harga durian juga akan meningkat? Demand tinggi, supply rendah, masa suntuk,” katanya dalam menerusi Facebook, hari ini.

Dalam hantaran sama, Shahril turut menyertakan tangkap layar kenyataan bekas Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran mendakwa ditawarkan wang dan kedudukan sebagai menteri sebagai pertukaran jika menyokong pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, Shahril turut menyertakan laporan media berhubung kenyataan Datuk Dr Xavier Jayakumar mendakwa ‘menteri kanan’ paksa sokong PN, sekiranya tidak mahu berdepan tindakan.

Khamis lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri serta kedudukan kerajaan PN akan ditentukan menerusi usul undi percaya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, September ini.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau akan menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here