PEMBURUAN emas sulung Malaysia terus menyala apabila dua jaguh berbasikal negara Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom menepati ramalan mara ke peringkat suku akhir acara keirin.
Pada saingan hari ini, pemenang pingat gangsa keirin di Rio 2016 itu tampil bijak mengawal perlumbaan sekali gus menamatkan saingan kelayakan ketiga di tempat pertama.
Pelumba Trinidad & Tobago, Nicholas Paul mengakhiri saingan tempat kedua sekali gus mengiringi Azizulhasni pada saingan suku akhir.
Namun nasib berlainan menimpa Shah Firdaus yang terpaksa melalui pusingan repechage sebelum mara ke suku akhir.
Terdahulu pada peringkat saringan Shah Firdaus mengalami kemalangan dan perlawanan terpaksa dilakukan semula.
Namun Shah Firdaus menarik diri pada peringkat saringan itu kerana mengalami sedikit kecederaan dan terpaksa melalui reoechage.
Shah Firdaus akhirnya bangkit dan menunjukkan semangat tidak mengalah apabila berjaya menduduki tempat kedua saingan repecharge sekali gus meletakkan Malaysia memiliki dua pelumba di peringkat suku akhir. – Malaysiapost

